VALUER KENA BLACKLIST?

Saya agak kenapa. Sebab valuer ini selalu bagi value paling tinggi berbanding valuer lain. Malahan mungkin value yang tak munasabah asalkan berani sign.
Tujuannya nak bisnes. Sebab banyak pembeli miskin nak mark-up loan (deposit tak ada). Kena bagi at least 15% di atas harga pasaran yang average.
Ini dilema valuer. Bagi value betul tak terpilih handle kes. Tak ada bisnes, tak ada duit. Bila berani macam ini, kena blacklist.
Kenapa sekarang bank baru nak blacklist?
Di Malaysia ini memang macam itu. Kau nak buat tak betul jangan sampai kena tangkap. Selagi tak tertangkap kira kau baik lah. 😅
Saya fikir pasti ramai dalam kalangan mark-up loan ini sudah tak mampu bayar bulanan rumah mereka menyebabkan kes lelong bertambah.
Bank ini tak suka lelong. Bisnes mereka bukan bisnes lelong. Bisnes mereka bisnes riba’. Lagi banyak orang berhutang dengan mereka dan mampu bayar itu sangat baik.
Bila kes lelong banyak berlaku dan didapati terjual terlalu murah daripada harga yang dinilai sebelum ini (lelong memang lebih murah, tapi kalau terlalu murah nak kena siasat), maka red flag kepada bank.
Siasat punya siasat tengok semua kes nama valuer yang sama keluar, dah trigger bank. Mungkin blacklist ini temporary atau juga permanent atau subject to rayuan. Wallahualam.
Bank bukan tak tahu dari awal. Depa buat tak tahu je. Bila ekonomi teruk depa akan strict dan enforce peraturan yang depa silent-kan sebelum ini. Bank akan jadi konservatif.
Sekarang interest rate memang rendah, tapi cabaran baru melanda. Ada sesetengah value yang dapat tahun lalu dah tak dapat tahun ini (mungkin juga sebab valuer takut kena blacklist) dan kedua bank melalui risk management decision dah ketatkan kriteria-kriteria kelayakan peminjam.
Kepada REN season macam saya ini dah selalu lihat setiap kali ada krisis ekonomi. Tak ada yang pelik, cuma perlu adjust dengan cara educate penjual dan pembeli. Kami REN nak bagi deal jadi, penjual dapat duit, pembeli dapat rumah, kita cari jalan tengah.
Kredit to : Hamizi Hamdan

.

February 26, 2020 12:15 pm